Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone

Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone

Seorang lelaki berusia 43 tahun dilaporkan telah diberkas pihak polis kerana disyaki mencabul anak tirinya yang baru berusia 11 tahun.

Kejadian yang berlaku di sebuah kampung di daerah Kalisat, Jawa Timur, Indonesia itu menyaksikan penduduk hampir membakar lelaki itu hidup-hidup kerana berang dengan perbuatan terkutuk itu.

Lelaki itu walau bagaimanapun bernasib baik kerana pihak polis datang tepat pada masanya sebelum tragedi berdarah yang lain pula bermula.

Suspek ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan terbabit kerana bengang dengan sikap isterinya yang sering bermain dengan telefon bimbit.

Disebabkan selalu bermain telefon bimbit, wanita itu mengabaikan kewajipannya untuk melayani kehendak suspek. Isterinya selalu memberi alasan mengantuk, sehingga anak tiri mereka menjadi mangsa. – KPD Kalisat

Mangsa dikatakan mula bercerita mengenai perbuatan keji suspek kerana tidak dicabul berulang kali sejak Sabtu, 1 Julai 2023.

Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker