Azeem, Khairul Hafiz ke separuh akhir 100m Kejohanan Olahraga Asia 2023

Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi menepati ramalan apabila tiada masalah untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand esok.

Azeem dengan rekod peribadi terbaik 10.09 saat (s), mengungguli saringan 2 menerusi catatan 10.24s yang merupakan masa kelima terpantas pada pusingan pertama di Stadium Nasional sebentar tadi.

Menariknya, bekas pemegang rekod 100m kebangsaan yang juga raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan turut mengiringi Azeem di separuh akhir esok apabila merakam masa 10.46s.



Bagaimanapun, cabaran mereka esok tidak mudah kerana perlu berdepan nama-nama besar seperti bekas pemegang rekod Asia dari Qatar, Femi Ogunode yang mencetak masa keempat terpantas sebentar tadi iaitu 10.19s.

Catatan terpantas di pusingan pertama sebentar tadi menjadi milik atlet Jepun, Hiroki Yanagita dengan masa 10.10s diikuti Abdullah Abkar Mohammed dari Arab Saudi (10.18s) dan pelari Jepun, Ryuichiro Sakai (10.18s).

Esok, Azeem dan Khairul perlu merebut dua slot terbaik daripada tiga peringkat saringan separuh akhir untuk layak ke final berselang dua jam kemudian pada pukul 7.50 malam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker