Bell Ngasri dedah perjalanan sukarnya dalam dunia seni


Bell Ngasri dedah perjalanan sukarnya dalam dunia seni

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri berkongsi mengenai bagaimana sukar perjalanannya dalam industri sebagai anak seni, dia tidak pernah patah semangat.

Perkongsian itu dimuat naik Bell yang popular dengan watak Barkoba di platform media sosialnya.

“Jika betul-betul dikira, 37 tahun sebenarnya usia saya dalam bidang ini.



Ada juga rasa letih ketika menjelang 30 tahun dalam bidang ini. Siapa tak letih.

“Fikir nak jadi macam adik-adik saya yang lain, cukup sebagai contoh. Lebih berjaya sekarang sebagai ahli perniagaan, atau pergilah ke bidang lain yang mungkin boleh bagi suasana atau nafas baharu.

“Tak adalah di takuk lama. Sama sahaja berpuluh-puluh tahun tak ada perubahan, orang kata. Orang pun tak hormat sangat kepada kita sebenarnya kalau buat benda itu sahaja,” tulisnya.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, dia tetap berpegang dengan prinsipnya untuk meneruskan kerja-kerjanya dalam dalam bidang seni lakonan atas beberapa sebab.



“Tapi, saya buat, saya teruskan. Sebab saya bukan nak dihormati pun. Lagi satu, sebab dalam otak saya ini, selalu ingatkan bahawa ada lagi yang nak tengok saya, ada lagi kerja-kerja atau watak yang saya belum buat lagi, atau lagi perit, kawan-kawan artis semua tak mahu buat.

“Habis, siapa nak buat watak atau kerja itu? Dengan sokongan undian ini, buktilah kepada mereka yang sebelum ini bercakap begitu dan begini kepada saya, bahawa mereka salah.

“Juga kepada mereka yang tak hargai hasil kerja orang lama atau mungkin muak kepada insan yang lama dalam bidang ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bell turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya sejak awal pembabitannya sehingga ke hari ini.



“Alhamdulillah. Tak pasal-pasal, saya ‘lepas’ Top 5 ini dan orang-orang yang mengundi, mengalahkan pilihan raya. Ini pun, saya dah cukup bersyukur sangat-sangat!

“Apa pun, terima kasih buat semua yang tiba-tiba hadir dalam hidup saya ini. Semoga perhubungan saya dan semua orang melalui bidang saya ini, sentiasa berkekalan sampai bila-bila. Amin. Insya-Allah.

“Tiada kata-kata lain. Sokongan semua ini, hadiah yang cukup besar buat saya,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Bell mengisi pelbagai platform media sosial apabila dia dilihat sebagai pelakon lama yang patut diangkat. Sokongan itu juga turut diterjemahkan ke dalam bentuk undian oleh peminat-peminatnya apabila nama Bell tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35). HM



Bell Ngasri dedah perjalanan sukarnya dalam dunia seni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker