R Kelly didapati bersalah atas pertuduhan pornografi kanak-kanak

R Kelly didapati bersalah atas pertuduhan pornografi kanak-kanak

Washington: Penyanyi R&B, R Kelly, yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan jenayah seksual, didapati bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak selepas sebulan menjalani perbicaraan di Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, disabitkan dengan tiga pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak dan tiga pertuduhan memerangkap kanak-kanak, lapor Chicago Tribune.



Pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali itu bagaimanapun dibebaskan oleh juri persekutuan bagi tujuh kesalahan lain, termasuk pertuduhan di mana dia menghalang keadilan dalam perbicaraan sebelumnya.

Kelly dan dua bekas sekutunya telah dituduh memalsukan perbicaraan pornografi kanak-kanak penyanyi itu pada 2008 di mana juri menyampaikan keputusan tidak bersalah.

Bekas pengurus Kelly, Derrel McDavid, dan bekas pekerja, Milton “June” Brown, telah dibicarakan bersama penyanyi itu dalam perbicaraan terbaru dan turut dibebaskan daripada tuduhan menghalang.

Juri seramai 12 orang mengambil masa kira-kira 11 jam selama dua hari untuk menyampaikan keputusan, yang boleh menambah tambahan sedekad penjara kepada Kelly yang kini sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun.



Seorang mangsa bawah umur enggan memberi keterangan dalam perbicaraan 2008 kerana didakwa mengancam dan memberi rasuah, tetapi wanita yang kini berusia 37 tahun itu menjadi saksi kali ini.

Petikan daripada video yang menggambarkan penderaan seksual oleh Kelly terhadap kanak-kanak perempuan seawal 14 tahun dimainkan untuk juri semasa perbicaraan.

Kelly telah disabitkan di New York pada September tahun lalu kerana merekrut remaja dan wanita untuk seks.

Artis yang popular dengan lagu ‘I Believe I Can Fly’ itu didapati bersalah atas lapan pertuduhan pemerdagangan seks dalam kes di New York. HM



R Kelly didapati bersalah atas pertuduhan pornografi kanak-kanak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker