Rashidi Ishak lamar isteri secara spontan

Rashidi Ishak lamar isteri secara spontan

Pelakon Rashidi Ishak mengakui dirinya bahagia bersama isteri barunya yang juga pengarah drama terkenal, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Pernikahan pasangan yang berlangsung pada Februari lalu itu diadakan secara sederhana atas faktor usia.



Katanya, dia mengajak Wan Haslina berkahwin secara spontan tanpa membuat perancangan majlis perkahwinan besar-besaran.

“Kami mula rapat selepas terbabit dalam penggambaran drama Kampung People 2 sejak tiga tahun lalu kerana saya banyak membantu Wan Hasliza di belakang tabir ketika penggambaran.

“Saya juga tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan percintaan kami, cuma saya dan isteri sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan tertutup sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya, Rashidi berkata, keluarga dan anak-anaknya menerima dengan hati terbuka apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula.



“Dua anak saya pun sudah dewasa, jadi mereka sangat memahami dan menerima keputusan saya untuk bernikah semula dengan hati terbuka,” katanya.

Berkongsi lanjut, Rashidi juga sering meluangkan masa bersama anak-anaknya walaupun sibuk menjalani penggambaran dan pelancaran album terbarunya bersama kumpulan Dead Mushroom.

Terdahulu, Rashidi pernah berkahwin dengan pelakon Vanidah Imran pada Oktober 2000, namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika, 19. BH

Rashidi Ishak lamar isteri secara spontan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker