Noralbaniah terduduk anak ditangkap kes dadah

Noralbaniah mengakui Syarra tersalah pilih kawan menyebabkannya terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Noralbaniah, 54, menyifatkan episod hitam yang menimpa anak tunggalnya, Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah adalah ujian besar buatnya sebagai ibu.

Noralbaniah berkata, awalnya agak sukar untuk berdepan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada.

“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga.

“Namun, apa pun yang terjadi, saya terima dan reda. Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang lebih baik pada kemudian hari.



“Ada orang menghukum saya, tetapi saya terangkan, anak saya bukan berusia 18 tahun. Kalau 20 tahun ke bawah saya boleh tegur, tetapi Syarra sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam dan kata saya salah didik anak.

“Ini ujian untuk saya, Alhamdulillah saya kuat.

“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tetapi sekarang saya boleh terima dan berdepan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral.

“Sekarang tak boleh buat silap, semuanya tular dalam media sosial,” katanya kepada BH Online.



Noralbaniah ditemui pada majlis tayangan filem Vik2ria Secret arahan AR Badul, malam tadi.

Tambah pelakon era 90-an itu, dia mengambil kesempatan memohon maaf kepada pihak media yang menghubunginya dan bertanya mengenai perkara itu.

“Ada seorang wartawan menghubungi saya. Jujurnya, saya tahu berita penangkapan Syarra melalui wartawan ini.

“Bayangkan perasaan saya, terduduk bila dapat tahu.



“Saya bukan pengguna media sosial yang bangun pagi terus tengok berita terkini. Jadi, saya tahu daripada panggilan media dan sangat terkejut,” katanya.

Mengulas perkembangan Syarra, Noralbaniah berkata, anak tunggalnya itu sudah keluar penjara pada Mac lalu dan kini dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, Syarra elok sahaja. Saya pergi melawatnya di Melaka dan kerana berkelakuan baik, Syarra dibenarkan keluar awal pada Mac lalu.

“Syarra bukan calang-calang anak, berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi, saya sedih bila semua ini terjadi.



“Saya tak nafikan, mungkin Syaeea salah pilih kawan, tetapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah berlaku.

“Itulah satu-satunya anak saya bersama arwah Sudarman. Saya berkahwin dengan arwah hanya dua tahun dan tidak berkahwin hingga sekarang, itu orang tak tahu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Syarra mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.



Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 11.45 pagi pada 12 Oktober tahun lalu.

Atas kesalahan itu, Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Pertuduhan kedua pula apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 3 petang pada tarikh sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.



Syarra adalah anak Noralbaniah menerusi hasil perkongsian bersama bekas pelumba kereta, Allahyarham Sudarman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada pada 10 Jun 1996.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker