Polis tahan lelaki pukul pemandu wanita dengan topi keledar

Polis tahan lelaki pukul pemandu wanita dengan topi keledar

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki yang memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar dalam kejadian di Jalan Permatang Damar Laut, di sini pada Khamis yang video insiden itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata suspek berusia 32 tahun yang merupakan penunggang motosikal itu ditahan semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.



“Siasatan awal mendapati lelaki itu tidak berpuas hati dengan wanita tersebut yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dan telah mendorong suspek mencederakan wanita itu dengan topi keledar.

“Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi talian 04-8662222.

Terdahulu tular video berdurasi 14 saat memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak kasar sebelum memukul pemandu wanita dengan topi keledar.



Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata pihaknya menyita enam motosikal dalam OP Samseng Jalanan yang dijalankan bermula 1 pagi di Bayan Lepas, di sini.

“Kesemua motosikal itu disita menurut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut mengeluarkan 133 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya menambah selain membendung samseng jalanan melibatkan mat rempit, operasi juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Operasi akan diteruskan setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam,” katanya. FMT

Polis tahan lelaki pukul pemandu wanita dengan topi keledar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker