Nasib Kelantan FC, Dr. Vida tak mahu kerjasama dengan Zamsaham

Adakah lebih baik jika pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman bekerjasama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman bagi membantu skuad ‘The Red Warriors’?

Dengan Norizam ataupun lebih dikenali sebagai Zamsaham itu memiliki pemilikan penuh 100 peratus, dia dilihat boleh bekerjasama dengan menawarkan peratusan yang dirasakan wajar kepada usahawan kosmetik yang lebih dikenali Vida itu untuk menjadi ‘pemilik bersama’.

Dengan dua usahawan ini menjadi ‘nakhoda’, situasi ini mungkin dapat membantu Kelantan FC ‘pulih’ lebih cepat dan bangkit memperaga aksi lebih kemas ketika pusingan kedua Liga Super sudah membuka tirainya.



Bagaimanapun, ketika BH Sukan bertanyakan cadangan ini kepada Vida, usahawan itu menegaskan tiada ada kemungkinan untuk bekerjasama dengan Norizam jika pengambilalihan pasukan itu dapat dilakukan.

“Kemungkinan (kerjasama) tak mungkin berlaku kerana ada ideologi perniagaan yang berbeza. Ada yang akan saya buat jika diberi peluang (ambil alih), takkan jadi macam dulu.

“Saya takkan gagal lagi dan takkan biarkan ambil alih pasukan contohnya untuk tempoh dua tahun sahaja. Berapa harganya pun, kita belum putuskan kerana kita lihat dari segi sudut dahulu,” katanya kepada BH Sukan.

Pada masa sama, Vida juga memberi penjelasan bahawa dia akan mempertimbangkan untuk mengambil alih teraju Kelantan FC sekiranya pengurusan sedia ada tidak lagi mampu berbuat demikian.



“Saya sebenarnya lihat pasukan itu terkapai-kapai dan itu bergantung pada Zamsahan sama ada boleh bawa lagi pasukan itu ke arah yang lebih selesa. Untuk pergi ke atas, memang agak payah.

“Kalau dia mampu, ‘go ahead’ (teruskan). Saya sayangkan pasukan tetapi saya tidaklah mahu jadi penyelamat. Cuma saya boleh pertimbangkan kalau diberi kepercayaan jika Zamsaham juga tidak boleh teruskan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker