Iblis meraung dan menangis ketika surah ini diturunkan

Iblis meraung dan menangis ketika surah ini diturunkan

Sewaktu surah al-Fatihah diturunkan, maka iblis laknatullah menangis dan meraung-raung kerana keagungan surah ini. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

“Ketika surah al-Fatihah diturunkan iblis menangis dan meraung-raung”.

Dalam hadis yang lain Abu Hurarirah r.a. turut berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Ummu al-Quran adalah tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan merupakan intisari daripada al-Quran yang agung”.

Bahkan ia juga merupakan surah yang paling utama dalam al-Quran. Diriwayatkan dari Anas r.a,

“Dalam satu perjalanan, Baginda s.a.w. singgah di suatu tempat. Kemudian seseorang menyertai Baginda di sampingnya. Baginda pun menoleh ke arahnya dan bersabda,

“Mahukah kamu aku beritahu surah yang paling utama dalam al-Quran? Kemudian Baginda membacakan “Alhamdulillahi Rabbil A’lamin”.

Adapun surah al-Fatihah merupakan bacaan yang wajib dibaca ketika solat. Tidak sempurna dan tidak sah solat jika tidak membaca al-Fatihah. Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Amru Ibn Ash, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dan bersabda,

“Barangsiapa yang menunaikan solat wajib, maka hendaklah dia membaca ummu al-Quran dan al-Quran bersamanya. Manakala dia selesai membaca ummu al-Quran maka telah sempurna solatnya. Sedangkan orang yang bersolat bersama imam hendaklah dia membaca manakala imam diam. Barang siapa yang menunaikan solat dengan tidak membaca al-Fatihah maka solatnya tidak sempurna, solatnya tidak sempurna, solatnya tidak sempurna”.

Ketika imam selesai membaca al-Fatihah maka makmun disunatkan mengucapkan “amin”. Menurut Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“Apabila imam mengucapkan, “Ghairil maghdu bi a’laihim, waladh dhallin” maka ucapkanlah amin. Barang siapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan”.

Itu kerana dengan ucapan amin bermaksud Allah mencintai kita. Abu Musa al-Asyari menyatakan bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“Apabila imam mengucapkan “Ghairil maghdu bi a’laihim, waladh dhallin” maka ucapkanlah amin, nescaya Allah S.W.T. akan mencintai kamu semua”.

Dan menjadi sunnah menguatkan suara ketika mengucapkan amin kerana Wail ibn Hujr berkata,

“Aku mendengar Baginda s.a.w. membaca “Waladh dhallin” lalu Baginda mengucapkan amin dengan menguatkan suaranya”.

Kelebihan surah al-Fatihah

Selain itu terdapat beberapa hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan surah ini antaranya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Said al-Mu’alli r.a.

“Aku mengajarkan kamu surah yang paling agung dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid” Abu Said berkata,

“Kemudian Baginda menggamit tanganku dan ketika Baginda hendak keluar masjid aku berkata kepada Baginda s.a.w. “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau mengatakan bahawa engkau akan mengajarkanku surah yang paling agung yang terdapat dalam al-Quran,” Maka Baginda pun bersabda,

“Ya! Ia adalah al-Hamdulillahi Rabbil A’lamin. Ia adalah sab’ul matsani dan al-Quran al-A’zim yang telah diberikan kepadaku” (HR Bukhari)

Dalam Riwayat lain daripada Ubai bin Ka’ab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Allah tidak pernah menurunkan dalam taurat ataupun injil ataupun surah sepertimana ummul Quran, ia adalah Sab’ul matsani” (HR Nasai)

Surah al-Fatihah juga pernah digunakan untuk merawat penyakit. Ia sebagaimana hadis dari Abu Said al-Khudri r.a. berkata,

“Kami berada dalam sebuah perjalanan kemudian kami singgah sebentar pada satu kaum. Tiba-tiba seorang hamba wanita datang menghampiri dan berkata,

“Pemimpin kaum kami diserang demam. Orang kami sedang tiada, apakah antara kamu dapat melakukan ruqyah?”

Kemudian salah seorang dari kami yang kami anggap dapat melakukan ruqyah berdiri bersamanya. Kemudian meruqyah pemimpin tersebut sehingga dia benar-benar sembuh. Kemudian pemimpin itu memerintahkan agar menyembelih 30 ekor kambing dan memberikan kami susu.

Ketika dia (yang mengubati pemimpin) kembali, kami bertanya kepadanya, “Apakah engkau mengubatinya atau meruqyahnya? Dia menjawab,

“Tidak, aku tidak melakukan apa-apa kecuali membacakan ummul kitab kepadanya.” Kami berkata,

“Jangan membacakan apa pun sehinggalah kita menghadap Rasulullah dan menanyakan hal ini kepada Baginda”

Ketika kami telah sampai di Madinah, kami menceritakan hal tersebut kepada Baginda kemudian Baginda bersabda,

“Apakah kamu tahu yang seperti itu adalah ruqyah? Kemudian Baginda bersabda lagi, “kamu telah berbuat benar, bahagikanlah dan sisakanlah untuk satu bahagian” (HR Bukhari Muslim)

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata,
“Aku pernah tinggal di Mekah beberapa hari dalam keadaan sakit dan tidak aku dapati perawat mahupun ubat-ubatan. Maka aku pun mengubati diriku sendiri dengan bacaan al-Fatihah maka aku pun mendapati pengaruh yang luar biasa (sembuh). Lalu aku pun menasihati orang-orang yang sakit untuk membaca al-Fatihah dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat” Utv

Iblis meraung dan menangis ketika surah ini diturunkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker