Jangan terpedaya dengan pakej visa furada haji – TH

Umat Islam diingatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.

Jangan terpedaya dengan pakej visa furada haji – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat terpedaya dengan pakej haji furada menjelang hari wukuf, kemuncak kepada ibadat haji yang dijangka 27 Jun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan umat Islam supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.



“Setiap tahun ada sahaja laporan berkaitan bakal haji terkandas di KLIA disebabkan tiada tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

“Seperti kita sedia maklum, tahun lepas jemaah yang terkandas membayar RM40,000 hingga RM80,000, bagi tahun ini sudah tentu harga pastinya semakin naik kerana kos semakin tinggi,” katanya dalam sidang media perkembangan operasi haji di sini.

Jelasnya permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.



Justeru, Syed Saleh menasihatkan bakal haji yang mendapat visa berkenaan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji disediakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) dilesenkan TH sahaja.

Beliau berkata TH telah melantik 22 syarikat pelancongan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen untuk mengurus pemergian haji ke Tanah Suci.

Menurutnya individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995. FMT

Jangan terpedaya dengan pakej visa furada haji – TH



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker