PH belajar dari kesilapan, kini lebih konservatif – penganalisis
PH belajar dari kesilapan, kini lebih konservatif – penganalisis
Seorang penganalisis percaya Pakatan Harapan (PH) telah belajar daripada kesilapannya ketika memerintah selama 22 bulan sebelum ini susulan keputusan-keputusan diambil kerajaan baru-baru ini, termasuk serbuan ke atas jenama yang dituduh mempromosikan jam tangan bertema LGBTQ.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, serbuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas beberapa cawangan Swatch berhubung jam tangan “Pride Collection”, menunjukkan Putrajaya “lebih konservatif dan mementingkan sensitiviti” majoriti umat Islam.
Kerajaan perpaduan sekarang “kurang progresif”, katanya.
Pada masa lalu, pengkritik PH menuduh gabungan itu “liberal”, istilah yang tidak diterima dengan baik oleh kumpulan konservatif, kata Azmi.
“Saya percaya mereka (PH) telah belajar daripada kesilapan lalu, lebih-lebih lagi sekarang kerajaan perpaduan dianggotai banyak parti yang konservatif dari segi ideologi,” katanya kepada FMT.
Kerajaan perpaduan terdiri daripada beberapa parti dan gabungan, termasuk PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Azmi berkata desakan kerajaan PH untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mengundang kritikan daripada pembangkang ketika itu, termasuk Umno, yang memimpin BN.
Katanya, desakan untuk meratifikasikan konvensyen itu, yang dikatakan akan menghapuskan hak Melayu dan Bumiputera dan penyertaan kerajaan dalam Statut Rom adalah antara sebab PH kehilangan sokongan orang Melayu.
Sejak kerajaan perpaduan mula berkuasa, katanya, banyak keputusannya boleh dianggap “tidak progresif”, termasuk keputusan menentang menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang kontroversi.
Bagaimanapun, Charles Santiago dari DAP berkata adalah terlalu awal untuk menggambarkan PH kurang progresif, hanya enam bulan selepas mengambil alih Putrajaya. Beliau berkata untuk mencapai perubahan yang ingin dilakukan PH akan mengambil masa.
Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata kerajaan perlu diberi masa setahun atau setahun setengah untuk membuktikan dirinya.
Beliau berkata kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa pembangkang perlu diberi ruang dalam media adalah tanda progresif.
“Beliau (Anwar) memberitahu menterinya jika ada kritikan (daripada akhbar), anda tanganinya. Ini sangat bagus. Jika ini telah dilakukan (kebebasan akhbar) 15 hingga 20 tahun lalu, Malaysia akan berada di kedudukan yang berbeza hari ini,” kata Santiago. FMT
PH belajar dari kesilapan, kini lebih konservatif – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum
You must be logged in to post a comment.