Pemandu Grab maut dirempuh lori

Pemandu Grab maut dirempuh lori

Seorang pemandu Grab maut dirempuh lori dipercayai akibat tidak memberhentikan kenderaannya dengan betul di lorong kecemasan, dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong, Kedah, petang semalam.

Mangsa, Mohd Nazri Elias, 50, maut di tempat kejadian dalam kemalangan 3.10 petang di KM92.1 lebuh raya, arah selatan.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa dipercayai memberhentikan kenderaannya dengan keadaan tayar hadapan dan belakang kenderaan tersebut masih berada di lorong kiri lebuh raya.

“Sebaik (kenderaan) berhenti, mangsa keluar dari kenderaannya dan dalam masa sama, lori yang berada di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dan bahagian tepi kanan kenderaannya,” katanya, lapor Kosmo.

Zaidy berkata, ketika kejadian, kereta dipandu mangsa dan lori jenis Isuzu yang dipandu Abdul Halim Murugan Abdullah, 51, dari arah Plaza Tol Gurun ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

Mangsa yang beralamat di Felda Chuping, Kangar, Perlis maut akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu lori yang beralamat di Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu tidak cedera.

Pemandu Grab maut dirempuh lori

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker