Annuar Musa dalam delusi

Annuar Musa dalam delusi

UMNO Kelantan menyifatkan penyertaan Tan Sri Annuar Musa bersama Pas umpama kahwin terpaksa demi kepentingan peribadi, bukan masa depan parti.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman menjelaskan, setiap kali Presiden Muafakat Nasional (MN) itu cuba memberi alasan, ia bagaikan seseorang yang makan cili, tetapi terpaksa menyatakan rasanya manis.



“Walhal, ianya sangat pedas untuk ditelan, tetapi biarlah dia nak cakap manis atau apa, pokoknya kita faham perasaannya.

“Siapa tidak kecewa jika berada di tempatnya, lebih lagi apabila anaknya (Afiq Amani) masih kekal berjuang dalam UMNO. Ini menunjukkan parti ini masih lagi relevan.

“Kalau tidak relevan, tentunya Annuar sendiri akan memaksa anaknya keluar parti dan ajak bersamanya dalam Pas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Annuar semalam dilapor menjelaskan, beliau memilih Pas untuk meneruskan karier politiknya selepas dipecat UMNO.



Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai Pas kerana berpendapat parti itu kini adalah parti dominan dalam memperjuangkan Islam di negara ini.

Menurut Zawawi, UMNO sudah masak dengan Annuar yang kadang-kadang propaganda dan sembangnya lebih kepada hendak menarik perhatian parti barunya supaya dilihat penting serta relevan.

Kata beliau, kalau BN-PH diibaratkan seperti kahwin paksa dengan semua pimpinan membuang segala ego dan perbedaan pendapat mereka demi menyelamatkan pentadbiran negara, tetapi Annuar dan Pas pula adalah kahwin terpaksa yang tentunya hanya memikirkan perihal survival peribadi sendiri. MG

Annuar Musa dalam delusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar



Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39



Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker