Misi cari Hawari mungkin dilanjutkan
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim yang sepatutnya tamat Ahad ini mungkin dilanjutkan jika permit khas pendakian diluluskan pihak berkuasa Nepal.
Ketika ini, Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Nepal sedang memohon permit khas berkenaan sekali gus memberi peluang dan harapan baharu untuk menjejaki Muhammad Hawari.
Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya akan memohon permit khas itu khusus bagi melanjutkan tempoh SAR
Beliau berkata, musim pendakian ke Everest akan ditutup secara rasminya Isnin ini dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan permit khas itu.
“Jika permit khas itu diluluskan, kami akan meneruskan SAR dengan membawa beberapa teknologi daripada Malaysia seperti teknologi inframerah, kamera dan pengesan haba dan peralatan berteknologi tinggi lain.
“Sebelum ini, SAR banyak tertumpu di bahagian atas gunung dikenali sebagai ‘zon kematian’ yang dibantu enam malim gunung serta tinjauan melalui helikopter sehingga paras 8,300 meter dari aras laut namun, masih buntu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, operasi SAR semalam digerakkan menerusi jalan darat di kawasan Kem Dua selain pencarian udara membabitkan dua helikopter.
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ketujuh hari ini selepas dia dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi mencari Muhammad Hawari termasuk sumbangan RM500,000 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)
You must be logged in to post a comment.