Mercedes bertembung Toyota, 3 maut di Segamat

Mercedes bertembung Toyota, 3 maut di Segamat

Tiga maut dengan dua daripanya rentung dalam nahas dua kenderaan di Kampung Kwong Sai, Segamat, Johor, petang tadi.

Komander Operasi Bomba Segamat, Mazuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Segamat.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang dipercayai bertembung sebuah kereta jenis Toyota Sienta.

“Kesan kemalangan itu menyebabkan Mercedes-Benz terbakar. Manakala Toyota Sienta terbabas dalam gaung.

“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran pada kenderaan terlibat. Sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, pasukan bomba menemui dua mayat dalam kereta yang terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Anggota bomba juga mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam Toyota Sienta. Namun, mangsa Chong Jui Chat, 67, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Semua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan, dua mangsa rentung adalah Wong Chee Choy, 62, dan Hoo Kok Yong, 35, manakala mangsa parah Lee Lam Chai, 67. FMT

Mercedes bertembung Toyota, 3 maut di Segamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker