Azizulhasni terus cemerlang raih emas ketiga buat negara

Azizulhasni (tengah) terus tampil aksi cemerlang pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong selepas meraih emas acara keirin hari ini. Foto ihsan Facebook Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang terus melakar kejayaan pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II apabila sekali lagi merangkul pingat emas acara keirin lelaki sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Hong Kong, atlet berusia 35 tahun itu berada dalam kelas tersendiri apabila mengenepikan cabaran pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov dengan pingat perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi pelumba Malaysia, Mohd. Akmal Nazimi Jusena.

Lebih manis, ini merupakan pingat emas ketiga diraih anak kelahiran Dungun, Terengganu itu di bumi Hong Kong selepas turut merangkul dua pingat emas dalam acara keirin dan pecut semalam.

Sementara itu, dalam acara pecut wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri berjaya meraih gangsa selepas mengenepikan cabaran pelumba Korea Selatan, Park Jihae pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, pelumba muda negara, Amber Yong mengikut jejak langkah Azizulhasni apabila cemerlang merangkul pingat emas dalam acara pecut remaja wanita, menewaskan Valencia Tan dari Singapura yang memenangi perak manakala gangsa menjadi milik pelumba Taiwan, Lin Jhih Yan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker