Sarawak cadang kereta api rentas Borneo

Sarawak cadang kereta api rentas Borneo

Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata cadangan itu disampaikan kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan hari ini.

“Ini adalah projek kerajaan persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.

“Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara,” katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat mengenai projek pembangunan bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Beliau berkata, jika projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan dilalui kereta api tersebut.

“Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik,” katanya. FMT

Sarawak cadang kereta api rentas Borneo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker