Hadi dakwa dihubungi untuk sertai kerajaan

Hadi dakwa dihubungi untuk sertai kerajaan

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

Katanya, tetapi itu tidak berlaku kerana PAS hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semata-mata.

“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam pada itu, Hadi berkata, PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya.

Hadi juga berkata, beliau terbuka bertemu sesiapa sahaja termasuk Anwar.

Namun, menegaskan keterbukaaan itu mestilah tidak lari daripada prinsip, matlamat dan perjuangan PAS.

“Memang kita terbuka dengan sesiapa sahaja, terbuka tetapi mestilah tidak lari dengan konsep, prinsip, matlamat, dan perjuangan kita,” katanya. FMT

Hadi dakwa dihubungi untuk sertai kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker