Hairi tewas pemilihan ketua Umno Johor Bahru

Hairi tewas pemilihan ketua Umno Johor Bahru

Naib Ketua Pemuda Umno Mohd Hairi Mad Shah tewas kepada Yahya Jaafar pada pemilihan ketua Umno Johor Bahru yang diadakan semula hari ini.

Menurut Bernama, Yahya yang juga bekas timbalan ketua Umno Johor Bahru meraih 296 undi manakala Hairi mendapat 260 undi.

Keputusan diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Johor Bahru Mohd Seth Hussin.

Pemilihan Umno bahagian itu pada 18 Mac lalu ditangguh dan digantung susulan dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.

Sementara itu, Yahya berharap semua ahli Umno bahagian itu berlapang dada untuk menerimanya sebagai ketua yang baharu.

“Saya akan sentiasa menerima semua pihak untuk bekerjasama dalam meneruskan kelangsungan parti kita yang tercinta,” katanya. FMT

Hairi tewas pemilihan ketua Umno Johor Bahru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker