JAWI ambil tindakan orang Islam minum arak

KUALA LUMPUR: Seramai 31 individu beragama Islam yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi ke atas lapan pusat hiburan di Jalan Haji Taib, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Yap Kwan Seng, di sini, malam tadi.

Serbuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilakukan bagi mengenal pasti premis hiburan yang melanggar peraturan, selain mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

DBKL berkata, operasi itu juga membabitkan agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

“Bahagian Penguatkuasa JAWI menahan 31 individu membabitkan 18 lelaki dan 13 wanita yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan dan mereka diberikan Surat Perintah Hadir ke Pejabat JAWI.

“Semua individu beragama Islam ini akan disiasat menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan),” katanya kepada BH hari ini.

DBKL berkata, pihaknya turut membuat penutupan tiga premis hiburan yang beroperasi tanpa kebenaran mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.

“Bahagian Penguatkuasaan DBKL membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran dan mengeluarkan tiga notis kompaun.

“Sebanyak 35 unit peralatan muzik disita dari tiga premis hiburan berkenaan dan dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Taman Miharja, Cheras,” katanya.

Dalam operasi sama, Kastam turut menyita beberapa jenis minuman keras yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Eksais 1976.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker