Lelaki maut, kereta terbakar di laluan motosikal

Lelaki maut, kereta terbakar di laluan motosikal

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi wanita warga Thailand cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbakar di laluan motosikal, di Seputeh, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.18 malam.



Menurutnya, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Pantai dengan kekuatan anggota seramai 17 pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta.

“Jenis dan nombor pendaftaran kereta tidak dapat dikenal pasti akibat kemusnahan kebakaran 100 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran (attacking).

“Seorang lelaki warga tempatan yang mengalami kecederaan teruk disahkan mati di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.



Tambahnya, manakala seorang wanita warga Thailand mengalami cedera ringan dan dirawat oleh anggota unit kecemasan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota. Mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. K Online

Lelaki maut, kereta terbakar di laluan motosikal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker