Lelaki berbaju kurung samun kedai runcit

Lelaki berbaju kurung samun kedai runcit

Padawan: Polis sedang memburu seorang lelaki yang memakai baju kurung ketika menyamun sebuah kedai runcit di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 20 tahun yang juga pekerja premis berkenaan pada 22 Mei lalu.



Beliau berkata, polis turut mengesan video mengenai kejadian yang tular di laman sosial jam 11.39 malam tadi.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, mangsa bersama rakan sedang bekerja.

“Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian wanita serta membawa pisau masuk lalu merampas mesin juruwang dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, pihaknya mendapati terdapat dua suspek dalam kejadian itu dengan seorang menunggu di luar menggunakan sebuah motosikal.



Katanya, kedua-dua suspek dipercayai orang tempatan berdasarkan dialek pertuturan mereka.

Beliau berkata, mangsa dan rakan sekerjanya tidak mengalami kecederaan.

Justeru, Abang Zainal berkata, polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dengan kerjasama pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lain serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebat,” katanya. HM

Lelaki berbaju kurung samun kedai runcit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker