Tiket konsert Rossa ‘licin’, penganjur tambah satu malam lagi

Tiket konsert Rossa ‘licin’, penganjur tambah satu malam lagi

Diva muzik Indonesia, Rossa terharu apabila tiket konsert Another Journey: The Beginning yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Julai depan ‘licin’ dalam tempoh 24 jam kaunter jualan tiket dibuka.

Sekaligus, situasi ini menjadi bukti peminat tegar yang menggelarkan diri mereka sebagai Pecinta Rossa mendambakan persembahan mega penghibur tersebut sehingga mendorong penganjur menambahkan satu malam lagi.

Enggan menghampakan harapan ramai, akui Rossa penambahan malam konsert pada 13 Julai adalah tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan.

Katanya, penganjuran konsert berkenaan sungguh istimewa kerana tidak hanya membawa peminat menelusuri perjalanan 25 tahun kerjaya muziknya, malah turut memperkenalkan lagu terbaharu daripada album yang menggunakan judul sama terbitan Februari lalu.

“Album ini merangkumkan pelbagai emosi dan turun naik saya sebagai manusia sepanjang dunia berdepan pandemik Covid-19.

“Jika ingin tahu apa yang saya lalui sepanjang dua tahun sarat ujian itu, datanglah ke konsert Another Journey: The Beginning pada 13 dan 14 Julai nanti,” katanya.

Lebih menarik, Rossa tidak bersendirian apabila bakal bergandingan dengan Rizky Febian pada 13 Julai dan Mahalini Raharja keesokkan malamnya, selain turut memperkenalkan bakat baharu, Zareef Sein.

“Untuk kali pertama sepanjang 25 tahun berkarier, saya mengundang beberapa komposer muda berbakat besar untuk bekerjasama dalam pembikinan album ini.

“Ternyata, mereka sangat hebat dan Mahalini antara komposer serta penyanyi muda yang bakatnya luar biasa. Lebih bermakna apabila Mahalini sedia menjadi sebahagian daripada konsert kelak.

“Kemunculan Mahalini, Rizky dan Zareef membuktikan industri muzik tidak ketandusan bakat baharu yang membanggakan Malaysia dan Indonesia. Pastinya akan ada kejutan,” katanya.

Bagi pemilik nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani itu, masih ada yang terbuku dan tidak sempat diluahkan, meskipun konsert itu terus memahat kukuh namanya sebagai antara penghibur Indonesia yang disegani.

“Tiket untuk persembahan konsert Rossa untuk 13 Julai Julai berharga RM178, RM198, RM388, RM508, RM688 dan RM8,888 (Royal Box) boleh diperoleh menerusi pautan ticket2u.com.my bermula hari ini jam 3 petang . K Online

Tiket konsert Rossa ‘licin’, penganjur tambah satu malam lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker