Mati syahid masuk neraka, ini sebabnya

Mati syahid masuk neraka, ini sebabnya

Ulama muktabar ada menyebut tentang syahid dunia, yakni orang yang dianggap mati syahid oleh seluruh penduduk bumi, tapi pada hakikatnya, orang itu hanyalah mati biasa dan sia-sia.

Orang yang dimaksudkan ini ialah orang yang keluar berperang, tetapi bukan niat untuk menegakkan agama Allah.

Peristiwa ini mengingatkan kisah seorang sahabat bernama Qotzman. Pada pandangan para sahabat, Qotzman sangat beruntung kerana memperoleh syahid apabila terbunuh di medan perang yang melibatkan pihak Islam dan pihak Musyrik.

Para sahabat saling bercakap antara satu sama lain akan hal keberanian Qotzman tersebut sebaik pulang ke markas masing-masing. Qotzman disifatkan sebagai seekor singa yang lapar membaham mangsanya ketika bertempur.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab,

“Sebenarnya dia golongan penduduk neraka.”

Para sahabat menjadi kehairanan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w.

Para sahabat berpandangan antara satu sama lain dan Rasulullah menjelaskan lagi,

“Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat daripada luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.

Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.

Maka haruslah diingat, firman Allah dalam surah at-Taghabun: 4

“Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.”

Justeru menentukan seseorang syahid atau tidak ia secara mutlak adalah hak Allah semata. Dan manusia hanya boleh beranggapan dan mengharapkan seseorang itu dikategorikan di kalangan orang-orang yang syahid.

Bermusafir untuk syahid

Berbicara tentang syahid juga timbul persoalan lain bagaimana sekiranya seseorang bermusafir ke Syria, atau Palestin contohnya untuk mendapatkan pahala jihad dan mati syahid jika terbunuh?

Menjawab persoalan ini menurut Mohamad Faisal Kamis, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi keadaan ini sangat sukar dijelaskan.

Namun bagi mereka yang masih mempunyai tanggungjawab, berbaktilah kepada tanggungjawabnya itu terlebih dahulu.

Jika ibu masih hidup, berbaktilah kepada ibu, kerana anak lelaki sangat utama untuk berbakti kepada ibunya. Ini kerana syurga mereka di bawah telapak kaki ibu. Selain itu, jelaskan terlebih dahulu hutang piutang yang ada sebelum keluar berjihad. Itu juga peringatan nabi kepada para sahabat sebelum berjihad.

Sementara bagi seseorang yang tidak lagi mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, dan hutang piutang juga telah dijelaskan, hidupnya sendirian di negara tersebut, maka dibolehkan untuk keluar berjihad. Tetapi masih ada syarat yang perlu dipatuhi iaitu meminta kebenaran daripada pihak pemerintah terlebih dahulu.

Perkara ini juga bersamaan dengan kerajaan menghantar beberapa pihak tentera untuk menolong mangsa kekejaman Zionis di Palestin contohnya. Dan jika ditakdirkan mereka meninggal dunia atau terbunuh dan niatnya juga ikhlas demi memperjuangkan agama Allah Taala maka ia dikira sebagai mati syahid dunia akhirat.

Begitu juga dengan seorang perempuan, meskipun mereka tidak mengangkat senjata, tetapi jika mereka terbunuh kerana membantu menyediakan makanan dan perubatan kepada para mujahid, itu juga termasuk dalam mati syahid. Wallahu a’lam

Mati syahid masuk neraka, ini sebabnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker