Ini dikatakan punca kenapa Zizan Razak masih membujang
Belum bertemu jodoh, pelawak Zizan Razak mengakui sikap mementingkan kesempurnaan, baik dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya menjadi aspek penting yang mempengaruhi keseriusan setiap kali memulakan perhubungan baharu dengan mana-mana wanita.
Masih membujang pada usia 39 tahun, lingkungan kerjaya sebagai anak seni juga menjadikan Zizan individu sensitif sehingga bersifat memilih termasuk dalam hal memilih calon isteri.
“Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,” katanya.
Bukan sahaja mencari calon isteri yang dirasakan paling tepat, penerimaan dan penilaian orang lain terhadap rutin kerja dan cara hidupnya juga merisaukan Zizan untuk memasuki alam berumah tangga.
“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.
“Jadi siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini. Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima.
“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Pemilik nama lengkap Mohd. Razizan Abd. Razak itu mendedahkan pernah meminta ibunya mencarikan calon isteri turut berharap sesiapa pun jodohnya kelak dapat menerima sikapnya yang serius ketika di luar waktu bekerja.
“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.
“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,” katanya yang menghitunghari menanti tayangan umum filem baharunya, Polis Evo 3.
Selain Zizan, filem aksi arahan Syafiq Yusof yang dijadualkan tayangan bermula 25 Mei ini turut membariskan Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Farali Khan, Syafiq Kyle, Nora Danish, Eyka Farhana dan Fauzi Nawawi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU
You must be logged in to post a comment.