Ramai jual emas sekarang

Pelanggan berbaris jual semula emas

Ramai jual emas sekarang

Kenaikan harga emas di pasaran global, yang kini mencecah RM300 segram dipercayai mendorong orang ramai menjual barang kemas mereka bagi mendapatkan keuntungan.

Tinjauan di kedai emas sekitar Shah Alam menyaksikan pelanggan berbaris pada jam 10 pagi untuk menjual barang kemas mereka.



Kakitangan di Kedai Emas Anuar, Siti Nurathirah Idris, 28, berkata puluhan pelanggan datang ke kedai itu, bukan untuk membeli tetapi menjual emas.

“Perkara ini biasa kerana emas ialah aset berharga untuk dijual kembali. Harga ketika ini tinggi dan kini kita faham akan keperluan memiliki emas.

“Dalam masa sukar ketika ini, kita boleh menjual emas jika kita perlu membeli rumah atau untuk tujuan lain,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.

Kakitangan lain, Ahmad Muzaffarshah, 24, berkata beliau terkejut dengan jumlah pelanggan yang ramai, terutama pada hujung minggu.



“Sejak harga emas tinggi, ramai yang berpusu-pusu ke kedai kami untuk menjual semula emas mereka. Nilai jualan semula adalah RM293 segram mengikut kadar pasaran,” katanya.

Seorang pelanggan, Norasliza Abdullah, 46, mengakui beliau ke kedai emas untuk menjual barang kemasnya.

“Harga emas meningkat. Walaupun saya menjualnya, saya tidak rugi. Ia menguntungkan dan munasabah.

“Wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli keperluan harian kerana ia adalah aset yang boleh kita jual ketika berdepan kesukaran,” katanya. BH



Ramai jual emas sekarang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker