Bekas pemain ragbi didakwa bunuh adik perempuan

Bekas pemain ragbi didakwa bunuh adik perempuan

KOTA KINABALU: Seorang bekas pemain ragbi Sabah yang masih aktif bermain bersama sebuah kelab tempatan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan membunuh adik perempuannya, minggu lalu.

Arden Mattson Maturin, 26, dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun untuk pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.



Tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah yang kemudian menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Albert Basiri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey, 24, antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di rumah Nombor 10, Taman Prestij, Jalan Signall Hill, di sini, pada 4 Mei lalu.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan oleh ayahnya kira-kira jam 4.50 petang hari sama dalam keadaan tertiarap, berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE2) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam Sabtu lalu selepas dua hari dirawat. BH



Bekas pemain ragbi didakwa bunuh adik perempuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker