Lufya Omar tuntut RM1j demi pengorbanannya dan anak

Lufya Omar tuntut RM1j demi pengorbanannya dan anak

Lufya Omar tuntut RM1j demi pengorbanannya dan anak

Tuntutan RM1 juta terhadap bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum adalah jumlah yang wajar demi membayar pengorbanannya selama perkahwinan dan membesarkan anak.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah binti Sheikh Omar berkata, tuntutan itu dapat membantu dia meneruskan kehidupan bersama-sama anak memandangkan kos sara hidup pun semakin tinggi.



“Tuntutan Mut’ah itu adalah bedasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan.

“Dahulu, pendapatan saya kukuh. Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang.

“Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Ini punca kenapa Shuib nak kahwin dengan Watie




Lufya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama-sama peguam, Fakhrul Azman Abu Hasan bagi sebutan kes tuntutan Mut’ah.

Walaupun sudah tiga tahun tahun bercerai, Lufya mengakui baru sekarang dia bersedia untuk membuat tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan pembelaan.

“Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal.



“Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak. Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja.

“Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang. Dan Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga.


Baca Artikel Menarik:

Tak sangka sedap, Ira Kazar tengah asah bakat




“Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan. RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan,” tambahnya.

Sementara itu, bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes.

Perbicaraan bagi sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai.

Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac yang lalu.



Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura, 5.

Namun begitu, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020. Utusan

Mandi taman tema air bersama anak, Farid Kamil ceria dan bahagia



Lufya Omar tuntut RM1j demi pengorbanannya dan anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker