Tak mustahil kerajaan bertukar tangan di Kedah – Mahdzir

Tak mustahil kerajaan bertukar tangan di Kedah – Mahdzir

Pentadbiran Kedah mampu bertukar tangan kerana PAS bukan parti dominan di negeri itu, kata Mahdzir Khalid.

Ketua Umno Kedah berkata, negeri itu yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) tidak boleh disamakan dengan corak sokongan pengundi di negeri pantai timur, terutama Kelantan yang jelas pro kepada PAS.



“Kedah tidak semestinya tempat PAS, dulu Kedah adalah kubu kuat BN. PAS pernah menang dan pernah juga kalah, jadi ia bukan negeri di mana PAS dominan seumpama di Kelantan,” katanya kepada FMT.

Menjelang PRN, beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, BN bakal mengemukakn nama calon dalam masa terdekat selepas rundingan pengagihan kerusi antara parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, rundingan semua parti yang terlibat itu dilihat positif dan BN Kedah kini dalam fasa akhir memuktamadkan nama calon sebelum dibawa ke pucuk pimpinan.

“Kita sedang menuju ke arah persediaan, Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan kemukakan nama calon,” katanya.



Sementara itu, ketika diminta mengulas ucapan menteri besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Sanusi Md Nor, yang mendakwa “jeneral-jeneral BN sudah keluar” dan gabungan itu tidak mempunyai jentera besar, Mahdzir berkata BN tidak terkesan dengan kenyataan tersebut.

“Dia (Sanusi) sahaja dalam dunia yang amat berhormat. Kita semua kecil-kecil, yang besar itu dia sajalah.”

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis Aidilfitri anjuran PAS di Selangor pada Ahad, Sanusi mendakwa BN kini sekadar mempunyai “jentera-jentera kecil” yang menunggu masa untuk “hanyut”. FMT

Tak mustahil kerajaan bertukar tangan di Kedah – Mahdzir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker