Luqman Faiz Dihujani Peminat Nak Jadi Isteri
Luqman Faiz Dihujani Peminat Nak Jadi Isteri
Selepas penyanyi Haqiem Rusli selamat mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Anis Sofea di dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya Pada 19 November lalu.
Penyanyi Luqman Faiz iaitu sahabat baik kepada Haqiem dilihat hadir ke majlis berkenaan dengan perasaan gembira dan terharu dengan status sahabatnya yang kini sudah bergelar suami.
Luqman atau nama lengkapnya Luqman Abdul Halim Faiz turut dilihat menitiskan air mata semasa majlis sedang berlangsung.
Luqman, 21, berkongsi video rakamannya yang sedang menahan sebak dan dimuat naik di laman TikTok miliknya.
“Sahabat dah nikah, saya masih mencari”, tulis Luqman di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.
Menerusi hantaran tersebut, rata rata peminat meninggalkan komen lucu dan dilihat ingin menjadi suri hati penyanyi itu secara sukarela.
“Awak cari saya? Saya ada je ni tengah masak air hehe…” komen seorang pengguna TikTok.
“Nanti adalah jodoh tu, entah entah saya, tiber…” tulis seorang lagi peminat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kepuraanmu itu mengakui telah memutuskan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya tetapi masih lagi berhubungan baik memandangkan mereka sama-sama membangunkan bisnes tudung Daunshawl. Bn
Luqman Faiz Dihujani Peminat Nak Jadi Isteri
Baca Artikel Menarik :
- Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail
- Keena minta Baby Shima hentikan publisiti murahan
- Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang
- BN, UMNO bawa aura ‘feel good’ ke Melaka
- Ingatkan Uqasha, rupanya Emma Maembong
- Rauf nafi ada pihak tak setuju Sulaiman dilantik ketua menteri
- Shahrulezad Bidas Annuar Musa, Selamat Datang Ke Dunia Jahanam
- PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu
- Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional
- Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat
- Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250
Layari Laman Facebook MYKMU
PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin