Mat rempit serah diri kerana lapar, rindu juadah raya

Mat rempit serah diri kerana lapar, rindu juadah raya

Sekumpulan mat rempit menyerah diri selepas bersembunyi enam jam dalam kebun kelapa sawit untuk mengelak ditahan polis dalam Op Selamat di Kulai, Johor semalam.

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow berkata, operasi khas bermula 11 malam Jumaat hingga 5 petang Sabtu itu diadakan di KM7 Jalan Kulai-Kota Tinggi.



Katanya, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai yang dibantu unit kereta peronda (MPV) dan Cawangan Pengangkutan bertujuan mengekang kegiatan mat rempit di sekitar Kulai.

“Dalam operasi itu, 57 lelaki berusia 17 hingga 42 tahun dikesan bersembunyi dalam kebun kelapa sawit berhampiran. Kebanyakan mereka masuk ke kawasan kebun itu kira-kira 3 pagi dan cuba keluar melalui jalan tikus yang dikepung polis.

“Akhirnya, pada 9 pagi semalam, seorang demi seorang penunggang motosikal ini menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, ada di antara mat rempit itu tidak tahan dengan keadaan panas dalam kebun sawit, selain lapar dan rindu dengan juadah raya.



Katanya, 140 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk tiada lesen memandu, perlindungan insurans, LKM tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, mengubah suai ekzos dan tidak bertopi keledar.

Menurutnya, 39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Mat rempit serah diri kerana lapar, rindu juadah raya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker