Lelaki cedera parah lindungi kekasih daripada disimbah asid

Gambar Hiasan

Seorang lelaki di Thailand cedera parah selepas melindungi teman wanitanya daripada serangan asid yang dilakukan oleh bekas kekasih wanita tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah Si Maha Pho, wilayah tengah Prachin Buri pada tengah malam kelmarin.

Menurut teman wanita mangsa, Roongrat Towong, dia terdengar bunyi ketukan di pintu rumahnya pada tengah malam.

Dia dan teman lelakinya dikenali sebagai Saengpetch kemudian membuka pintu dan mendapati bekas kakasihnya, Thongkham Klomthong berada di luar.



Roongrat bertanya mengapa Thongkham datang ke rumahnya pada tengah malam tetapi dia berdiam diri. Secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan secawan asid serta membuka penutupnya sebelum menyimbahnya ke arah Roongrat.

Saengpetch yang berdiri di sebelahnya segera melompat ke hadapan wanita itu untuk melindunginya daripada terkena asid. Ia mengakibatkan dia mengalami kecederaan parah di seluruh badan terutamanya pada bahagian mata.

Roongrat dalam masa sama turut cedera apabila muka dan bahagian badannya lain terkena cecair tersebut.

Thongkham melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu dan Roongrat bergegas ke tandas untuk membasuh tubuh yang terkena asid.



Saengpetch pula berlari keluar untuk meminta bantuan daripada jiran sebelum dia dirawat di sebuah hospital. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker