Khairy gesa eksport ketum, jana pendapatan pekebun kecil
Khairy Jamaluddin berkata ‘Lembaga Ketum’ boleh mengawal selia penanaman itu dan memastikan ia hanya untuk eksport.
Khairy gesa eksport ketum, jana pendapatan pekebun kecil
Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan kerajaan membenarkan eksport ketum ke negara di mana bahan itu digunakan secara sah.
Khairy berkata, mengeksport ketum keluaran tempatan ke negara seperti Amerika Syarikat yang didakwanya mempunyai industri ketum berbilion dolar – membantu Putrajaya menjana pendapatan, berbanding memusnahkan tanaman itu.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mencadangkan kerajaan menubuhkan ‘Lembaga Ketum’ bagi memastikan ketum dikeluarkan secara tempatan oleh pekebun kecil dikawal selia bagi tujuan eksport sahaja.
“Memandangkan negara lain membenarkan penggunaan ketum, saya tidak nampak sebarang masalah untuk kita mengeksportnya. Kita menetapkan prosedur ketat, seperti hanya membenarkan ‘Lembaga Ketum’ membeli dan memproses untuk dieksport.
“Pekebun kecil boleh menjual produk mereka dan menjana pendapatan tambahan setiap bulan dan bukannya ditangkap polis (kerana memiliki daun ketum),” katanya menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’.
Khairy menambah, kajian mengenai penggunaan ketum untuk tujuan perubatan telah dilakukan semasa beliau menjadi menteri kesihatan.
Menjadi kesalahan memiliki daun ketum atau minuman ketum kerana ia mengandungi mitragynine, yang disenaraikan sebagai bahan terkawal di bawah Akta Racun.
Julai tahun lalu, kerajaan Kedah menyiapkan kertas cadangan eksport daun ketum untuk tujuan perubatan ke Thailand.
Menteri Besar Sanusi Md Nor, mencadangkan Putrajaya membenarkan eksport daun ketum khususnya ke Thailand bagi tujuan perubatan sebagai langkah mengekang penyeludupan tanaman itu.
Pada Januari, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata kerajaan akan membincangkan penggunaan ganja dan ketum untuk tujuan perubatan jika dibenarkan dari segi undang-undang, terutamanya dalam mengawal penanaman tanaman itu. FMT
Khairy gesa eksport ketum, jana pendapatan pekebun kecil
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
- Muda tidak beri “nilai tambah” kepada PH – Pemuda PKR
- Cuti umum tambahan perayaan Aidifitri
- Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
- Bekas staf dedah Mira suka ‘racun’ bos, View Chin pula suka sembang lucah
- Ah Moi dakwa View Chin merayu nak berbaik semula
- Remaja trauma diliwat pelajar senior
- Pukul, campak tukang cuci ke sungai
- ‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal
- Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman
You must be logged in to post a comment.