Plat ‘AMY’, JPJ Perak raih bidaan RM6 juta

‘AMY 1’ dibida pada harga bidaan tertinggi iaitu RM400,000.

Plat ‘AMY’, JPJ Perak raih bidaan RM6 juta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil bidaan RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri “AMY” sepanjang lima hari bidaan dibuka.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan, berkata bidaan yang dibuka melalui sistem JPJeBID bermula 9 April itu melangkaui plat “AMG” sebelum ini.



“Jika plat ‘AMG’ khusus kepada peminat kereta Mercedes-Benz AMG namun plat ‘AMY’ jauh mengatasi kutipan kerana hampir semua nombor popular telah dibida.

“Jumlah harga bidaan tertinggi ialah RM400,000 untuk ‘AMY 1’ manakala bagi plat ‘AMY 2 – 9’ mencecah sehingga RM80,000 bagi setiap nombor terbabit malah setakat ini hanya ada sekitar 16 lagi plat berbaki bagi nombor popular yang masih belum terjual,” katanya menurut Bernama.

Kempen itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Nizar Jamaluddin yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perak dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi MKJR Perak Nor Sham Rahman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Hamdan Ali.

Beliau berkata, nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan JPJ negeri atau cawangan.



Beliau turut memaklumkan, baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang awam mengikut harga minimum ditetapkan.

Yusoff berkata, sebanyak tiga juta pengguna kenderaan sudah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan awal Februari lepas seluruh negara.

“Saya galakkan dan berharap lebih ramai masyarakat akan memanfaatkan MyJPJ bagi memudahkan mereka.

“MyJPJ ini merupakan usaha pendigitalan yang dilakukan kumpulan teknologi maklumat JPJ dan setakat ini ia berjalan lancar malah saya menyeru orang ramai memuat turun aplikasi ini bagi memudahkan urusan,” katanya. FMT



Plat ‘AMY’, JPJ Perak raih bidaan RM6 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker