Resepi Rendang Tok Raya Viral

Resepi Rendang Tok Raya Viral

Rendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara.

Hidangan masakan Melayu ini dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Tanpa perasa tiruan dan bahan pengawet, rasa rendang Tok cukup diminati pelbagai kaum di negara ini.

Lebih unik lagi, rendang Tok ini masih disediakan secara tradisional iaitu dimasak atas dapur kayu di kampung ketika kenduri-kendara dan secara bergotong-royong.

Nama rendang ini dikatakan diambil sempena orang tua yang memasak sajian itu suatu ketika dulu. Kaedah masakan juga berbeza kerana dimasak dalam tempoh cukup lama, dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam.

Jika mengikut resipi asal, rendang ini menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, enak, manis dan serasi dengan ramuan rendang.Kini, rendang ini lebih banyak menggunakan daging lembu yang mudah didapati.

Resepi rendang ini telah dikongsikan sendiri oleh Encik Husreezal Rushdee Husin di laman Facebook. Resepi ini viral sehingga mendapat 4.9k share di Facebook tau.

Bahan rendang tok

Bahan A:

1 kg daging potong kiub 3×3 inchi
*20 tangkai cili kering
*4 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*4 inchi halia
*4 inchi lengkuas
*1 ketul isi kunyit
*4 batang serai
*2 sudu mkn jintan manis
*2 sudu mkn jintan putih
*2 sudu mkn ketumbar
*2 sudu mkn lada hitam
*5 biji buah keras
Nota: Semua bahan bertanda * dikisar halus, bahan rempah ratus disangai sekejap sebelum dikisar, satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.

Bahan B:

500ml santan pekat @ 2 biji kelapa
5 sudu mkn kerisik
5 sudu mkn gula merah @ gula melaka
1 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam
Garam & gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan C:

2 keping kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum cengkih
8 biji pelaga
2 helai daun pandan potong pendek2
1 senduk minyak – menumis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan C hingga naik bau.
2. Masukkan bahan A iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan B, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang sejat.
3. Kacau dgn kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.
4. Boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yang anda suka, rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk.
5. Siap untuk dihidang!

Wah! Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi bila dah masak sendiri depan mata kan. Resepi pun dah ada, senang lah nak masak rendang tok lepas ni.
Selamat mencuba!

Resepi Rendang Tok Raya Viral

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker