Amalan yang nilai pahalanya seperti menunaikan haji

Amalan yang nilai pahalanya seperti menunaikan haji

Alhamdulillah, musim haji telah tamat beberapa hari yang lalu dan para jemaah telah mula berangkat pulang ke negara masing-masing. Semoga mereka memperoleh haji yang mabrur.

Adapun kewajipan ibadah haji mempunyai pahala yang sangat besar di sisi Allah. Selain menjadi penyempurna iman bagi orang yang menunaikannya, ia juga mendapat jaminan syurga berdasarkan dari hadis Baginda s.a.w.



“Haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga” (HR Muslim)

Walau bagaimanapun bagi yang masih tidak dapat melaksanakan ibadah haji sama ada kerana tidak berkemampuan atau belum berpeluang dipanggil untuk menjadi tetamu Allah, tidak perlu gusar atau bersedih hati kerana mereka masih boleh mendapatkan ganjaran pahala yang setara dengan ibadah haji.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Baginda s.a.w. berkata,

“Solat Jumaat adalah haji bagi orang-orang fakir” dan dalam riwayat yang lain menyebutkan,



“Solat Jumaat adalah haji bagi orang miskin”

Selain dari solat Jumaat, terdapat juga amalan lain yang setara nilai pahalanya dengan ibadah haji iaitu istiqamah menunaikan solat wajib secara berjemaah sama ada di masjid atau dirumah bersama keluarga. Tetapi bagi lelaki lebih utama di masjid.

Ini sebagaimana disebut Baginda s.a.w. dalam hadisnya,

“Siapa sahaja yang berjalan menuju solat wajib berjamaah, maka ia seperti berhaji. Dan siapa sahaja yang berjalan menuju solat sunat, maka ia seperti melakukan umrah yang sunnah” (HR at-Tabrani)



Dalam riwayat yang lain juga disebutkan bahawa pergi menuju ke masjid untuk belajar agama atau untuk melakukan ibadah dan kebaikan, maka perbuatan itu juga akan bernilai pahala sebagaimana mendapatkan haji yang sempurna. Ini sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda,

“Sesiapa sahaja yang berangkat ke masjid, yang ia inginkan hanyalah untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, maka ia akan mendapat pahala haji yang sempurna hajinya” (HR at-Tabrani)

Inilah beberapa amalan yang boleh kita lakukan untuk meraih nilai pahala setara haji sekalipun masih tidak berpeluang untuk menunaikan rukun Islam kelima ini di Mekah. Semoga kita dapat istiqamah untuk melaksanakan ketiga-tiga amalan ini ataupun setidaknya satu pun sudah memadai. Wallahu a’lam Utv

Amalan yang nilai pahalanya seperti menunaikan haji



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker