Lelaki rentung lori terbakar selepas langgar belakang treler

Lelaki rentung lori terbakar selepas langgar belakang treler

BENTONG – Seorang lelaki rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas merempuh belakang sebuah lori treler yang berhenti di tepi jalan berhampiran Bulatan Mempaga laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu mangsa, Mohd. Ghazi Abdul Razab, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lelaki yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.44 pagi mendapati sebuah lori terbakar selepas melanggar belakang sebuah treler yang dipercayai diletakkan di tepi jalan.

“Kemalangan telah menyebabkan lori berkenaan terbakar 100 peratus, manakala satu mangsa di dalam lori berkenaan rentung dan seorang lagi mengalami kecederaan.

“Lori treler pula terbakar di bahagian belakang dan pemandunya selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis.



Dalam pada itu beliau berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.58 pagi berjaya mengawal kebakaran pada pukul 6.03 pagi.

Beliau memberitahu pemadaman api dibuat menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba. K Online

Lelaki rentung lori terbakar selepas langgar belakang treler

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker