Ryan Bakery diperguna?
Ryan Bakery diperguna?
Pempengaruh yang juga selebriti media sosial, Ryan Bakery menepis dakwaan dipergunakan apabila menceburi pelbagai bidang seni selepas menempa populariti.
Ryan berkata, keputusan menyertai bidang lakonan dan terbaru, nyanyian apabila mengeluarkan single Raya Last Minit bersama Andi Bernadee sekadar memberi variasi kepada industri seni.
“Saya masih seorang pereka kandungan. Keputusan menceburi bidang lakonan dan kemudiannya, menyanyi hanyalah mewarnai industri dan bukannya nak bersaing dengan sesiapa.
“Jika selama ini pengikut media sosial melihat saya berlakon, kali ini mereka boleh menonton nyanyian dan video muzik saya.
“Nak kata dipergunakan, itu tidak benar. Ini kerana setiap apa yang dilakukan berdasarkan perbincangan dengan pengurusan.
“Tiada paksaan daripada mana-mana pihak dan segala keputusan hasil perbincangan bersama,” katanya pada majlis pelancaran single dan video muzik single Raya Last Minit, baru-baru ini.
Mengenai reaksinya apabila ada segelintir pihak tidak senang dengan sikapnya yang dianggap tamak, Ryan enggan mengambil peduli kata-kata negatif dilemparkan.
“Saya sudah lali dengan persepsi negatif seperti ini, sejak menjadi pereka kandungan lagi.
“Jika ada perasaan sebegitu, maknanya mereka menghadapi masalah hati.
“Saya mahu memanfaatkan media sosial untuk menunjukkan bakat yang saya miliki. Lagipun, niat saya buat semua ini untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga,” ujarnya yang mahu menjadi penyanyi lagu berunsur humor seperti Jalil Hamid dan Salih Yaacob. BH
Ryan Bakery diperguna?
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak