Jangan terpengaruh iklan tawaran pakej haji

Jangan terpengaruh iklan tawaran pakej haji

Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji masih menunggu pengumuman rasmi berhubung urusan haji bagi musim haji 2022 daripada kerajaan Arab Saudi.

Untuk itu, Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam di Malaysia supaya lebih berhati hati dengan tawaran pakej haji yang mula diiklankan.

“Pihak kami dan kedutaan Arab Saudi mendapati ada segelintir agensi pelancongan mengambil kesempatan untuk mengiklankan pakej-pakej haji mahupun badal haji yang amat meragukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada Tabng Haji.

Katanya, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, pada awal Mac TH telah melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim Haji 2022 iaitu antara langkah awal persediaan haji yang dilakukan pihaknya saban tahun.

Kesemua PJH yang dilesenkan itu, katanya, tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) dengan menelefon 03- 6207 1919. MG

Jangan terpengaruh iklan tawaran pakej haji


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker