Orang luar ingat UMNO cacamarba, hakikatnya makin kukuh – Zahid
Orang luar ingat UMNO cacamarba, hakikatnya makin kukuh – Zahid
Keputusan melantik mereka yang tewas dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini untuk memegang jawatan tertentu bukti parti itu sedang dikukuhkan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sekali gus menepis tohmahan segelintir pihak bahawa parti keramat itu dalam keadaan cacamarba.
“Pesan saya kepada mereka adalah yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua.
“Maka keterangkuman ini saya buat demi kukuhkan UMNO yang pada mata orang luar ia sedang berada dalam keadaan cacamarba,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batu 8 di sini semalam.
Ahmad Zahid menjelaskan, setiap keputusan yang dibuat dalam pemilihan tersebut mencerminkan satu gelombang yang positif.
Katanya, natijah daripada suara akar umbi itu menjadi pembakar semangat untuk UMNO terus maju ke hadapan dengan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan ahli parti.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini memutuskan seramai 13 ahli baharu diumum sebagai ahli MKT iaitu tambahan kepada 25 yang dipilih dalam pemilihan pada Sabtu lalu.
Antara yang dilantik oleh Ahmad Zahid ialah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang turut memegang jawatan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
Sebelum ini, Shahrizat tewas kepada Datuk Seri Noraini Ahmad dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO. MG
Orang luar ingat UMNO cacamarba, hakikatnya makin kukuh – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah
Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?