Isu akaun TikTok kanak-kanak bawah umur dibincang – Menteri

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana pihaknya perlu mendapat maklumat penuh mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang garis panduan mengenai perkara tersebut.

”Itu nanti kita minta penyelarasan daripada Menteri Komunikasi sebab saya perlu dapat maklumat penuh dan pedoman daripada beliau supaya kita boleh tengok apa kesan dan impaknya kepada anak-anak kita.

”Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa,” katanya selepas menghadiri majlis apresiasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Barat Daya dan Timur Laut di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimbang untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut.

Selain itu, Fahmi berkata beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara jika perlu mengambil tindakan perundangan terhadap pengurusan TikTok berhubung pemilikan akaun oleh kanak-kanak, seperti yang telah dilakukan negara luar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker