Moratorium LPPSA: Utamakan isi rumah, bukan individu tiada tanggungan

Moratorium LPPSA: Utamakan isi rumah, bukan individu tiada tanggungan. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (Cuepacs) mendakwa kenyataan seorang bekas menteri berhubung isu moratorium Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah tidak tepat.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, ia berikutan bekas menteri berkenaan hanya menyentuh penjawat awam sebagai individu bukannya sebagai isi rumah.

“Kami akui dari sudut individu, penjawat awam sememangnya tidak terkesan daripada segi pendapatan. Bagaimanapun daripada sudut isi rumah hampir 50 peratus pasangan mereka tidak bekerja di sektor kerajaan.

“Justeru, tidak salah jika Cuepacs membawa suara mereka ini kerana mereka turut terjejas apabila pasangan masing-masing tidak lagi boleh berniaga, dipotong gaji malah ada yang diberhentikan kerja.

“Kebanyakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melihat daripada kesan langsung kepada isi rumah dan bukannya individu semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, bekas menteri berkenaan mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Cuepacs berhubung penangguhan pembayaran balik pinjaman perumahan yang diambil oleh penjawat awam.

Beliau tidak melihat perkara itu sebagai satu keperluan untuk memberi bantuan kewangan kepada orang yang menerima pendapatan tetap.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, kebanyakan penjawat awam juga memohon pinjaman LPPSA dengan mengemukakan pendapatan bersama mereka dengan pasangan masing-masing bagi membolehkan pembiayaan diluluskan.

“Sekiranya LPPSA membenarkan penangguhan bayaran pinjaman dilakukan, mereka yang terbabit akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan untuk merancang kembali kewangan serta membantu keluarga yang dalam kesusahan,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendakwa bekas menteri berkenaan tidak memahami masalah sebenar yang dihadapi rakyat biasa malah tidak wajar jika dibandingkan dengan dirinya.

“Walaupun hanya menerima pencen, jumlah wang di dalam akaun bank bekas menteri ini tidak boleh disamakan dengan rakyat biasa.

“Simpanan dalam bank beliau mungkin tidak perlu diusik seperti dialami oleh pesara kerajaan lain yang mungkin langsung tiada wang simpanan kerana masih mempunyai anak yang sedang belajar.

“Jika semua pesara kerajaan seperti bekas menteri tersebut, adalah wajar kerajaan tidak perlu lagi memberi apa-apa bantuan,” dakwanya.

Moratorium LPPSA: Utamakan isi rumah, bukan individu tiada tanggungan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keabsahan Darurat: Peguam Muslim saran Agong rujuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker