Teo cabar Shahidan ulang di luar dewan

Teo cabar Shahidan ulang di luar dewan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan dakwaan sesi siaran langsung TikTok Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ditutup kerana kononnya terdapat kolaborasi dan perjumpaan kerajaan dengan platform media sosial.

Susulan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata dakwaan Shahidan (PN-Arau) itu tidak bertanggungjawab dan memintanya mengulangi kenyataan itu di luar dewan.

“Kalau dia memang berani, bolehlah keluar dari dewan dan ulangkan sekali lagi tuduhan beliau supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

“Keselamatan siber bukan mengenai platform TikTok…kita cakap keselamatan siber bukan mengenai platform media sosial, jadi jangan salah guna platform Dewan Rakyat dan salah petik butiran,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi KKD di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Shahidan mendakwa siaran langsung ucapannya yang disiarkan di TikTok, kelmarin, tergendala dan disekat.

Katanya, siaran langsung TikTok miliknya disekat selama 10 minit walaupun tidak menyentuh mana-mana pihak.

“Apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah, perkara pertama dilakukan adalah mereka berbincang dengan pihak media sosial, yang saya tahu mereka berbincang dengan TikTok supaya tidak benarkan menyentuh perkara dibincangkan.

“Saya tidak patut dihalang sebab saya bercakap di Parlimen, di luar boleh halang saya, di Parlimen, hak saya dinafikan bukan saja oleh pelbagai pihak termasuk TikTok,” katanya. BH

Teo cabar Shahidan ulang di luar dewan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker