MOF nafi pegawai luluskan pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary

MOF nafi pegawai luluskan pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengesahkan bahawa tidak ada pegawai-pegawainya, yang membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Penjelasan itu dipercayai merujuk kepada dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan yang lain bahawa seorang pegawai kanan di bahagian cukai kementerian telah menandatangani pembatalan itu semasa Lim Guan Eng memegang jawatan sebagai menteri kewangan.



“Kementerian Kewangan, sama ada melalui mantan menteri kewangan dan/atau pegawai-pegawainya, tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary,” petik kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Kewangan menambah bahawa ia memandang serius tuduhan tersebut dan telah membuat laporan polis.

Sebelum ini, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa Lim bertanggungjawab ke atas pembatan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary yang diterajui oleh taikun Syed Mokhtar Albukhary.

Dakwaan itu dibuat selepas Muhyiddin disiasat SPRM berhubung kononnya permintaan taikun itu kepadanya – semasa dia menjadi perdana menteri – untuk mengembalikan status pengecualian cukai yayasan itu.



Presiden Bersatu itu kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah, berhubung dana yang diterima Bersatu antaranya, daripada entiti perniagaan Syed Mokhtar yang lain.

Lim sebelum ini juga telah menafikan membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary. Mk

MOF nafi pegawai luluskan pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul



Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker