Pembangunan Wakaf Madani diperincikan – Anwar

Sebelum ini perdana menteri ketika pembentangan belanjawan berkata kerajaan akan mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion.

Kerajaan akan mengumumkan langkah yang bakal diambil bagi memajukan usaha membangunkan wakaf di negara ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata perincian itu meliputi peruntukan RM1 bilion Wakaf Madani seperti yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini.

“Dalam masa terdekat kita boleh umumkan cara lebih terencana apakah maksud Wakaf Madani, apakah langkah-langkah yang harus lakukan untuk memajukan kegiatan wakaf keseluruhannya,” katanya ketika merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2023 yang disiarkan secara dalam talian.

Ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini, Anwar berkata kerajaan akan mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion.

Ia terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan serta pendidikan itu akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf dengan objektif wakaf menyumbang 20% pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

“Bagi memastikan objektif keseriusan kerajaan, saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa nasional ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menggalakkan umat Islam, sama ada individu, persatuan atau syarikat untuk melihat inisiatif wakaf sebagai satu tradisi yang mesti dihidupkan.

“Jadi saya percaya dengan ikhtiar tambahan ini, kita dapat semarakkan lagi (wakaf) kerana selagi ikhtiar ini diteruskan terutamanya dalam bulan Ramadhan,kita tentunya meningkatkan usaha amal jariah, sedekah dan wakaf,” katanya. FMT

Pembangunan Wakaf Madani diperincikan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker