Kos haji meningkat, jejas agihan dividen pendeposit – Menteri

Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Nai’im Mokhtar berkata kenaikan kos memberi kesan kepada TH memberikan agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya.

Kos haji meningkat, jejas agihan dividen pendeposit – Menteri

Jumlah bantuan kewangan haji dijangka meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 sekiranya kos menunaikan rukun Islam kelima itu tidak disemak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Nai’im Mokhtar.

“Lembaga Tabung Haji (TH) menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat daripada RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada tahun ini.

“Dan jumlah itu dijangka terus meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 dan ini akan memberi kesan kepada TH memberikan agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta perdana menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.

Dalam pada itu, Mohd Nai’im berkata, TH akan mengambil kira cadangan mewujudkan tabung wakaf haji dengan melakukan kajian mengenainya terlebih dulu bagi memberi bantuan kewangan kepada bakal jemaah.

Pada 18 Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah golongan B40 tahun ini.

Katanya, perkara itu merupakan perubahan dilakukan kerajaan perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar kos haji sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Na’im memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang. FMT

Kos haji meningkat, jejas agihan dividen pendeposit – Menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker