Tindakan tegas terhadap pihak sokong LGBT – Kor Ming
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas isu tular pembukaan sebuah bar yang mahu menampilkan persembahan ‘Thai Hot Guy’ bagi tujuan promosi.
Perkara itu juga dilihat mempunyai elemen dalam mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.
Ujarnya, isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT.
“Mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ‘Panel Of Expert’ (POE) di ibu negara pada Rabu.
Sebelum ini, poster yang tular berhubung pembukaan bar itu menyaksikan sekumpulan lelaki warga Thailand berbadan sasa mengenakan pakaian wanita.
Penganjuran acara ‘Thai Hot Guy’ itu dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.
Bagaimanapun, penganjuran acara tersebut telah menerima tentangan hebat pelbagai pihak yang mendesak agar ia dibatalkan. – Awani
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.