Badut pembunuh mengaku bersalah tembak isteri kekasih

Keen-Warren mengaku bersalah menemak mati isteri kekasihnya ketika berpakaian badut. – MailOnline

WASHINGTON — Seorang wanita di negeri Florida yang digelar ‘badut pembunuh’ selepas menembak mati seorang wanita di rumahnya pada tahun 1990 akhirnya  mengaku bersalah selepas lebih tiga dekad, lapor akhbar Metro UK.

Sheila Keen-Warren berpakaian badut ketika menyerahkan jambangan bunga dan belon kepada Marlene Warren, 40, dan menembak mangsa di hadapan anaknya 33 tahun lalu pada 26 Mei 1990.

Keen-Warren kini berusia 59 tahun.

Kes itu akhirnya ditutup kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan tersebut sebagai sebahagian daripada persetujuan dengan pihak pendakwa raya.

Berdasarkan persetujuan itu, suspek yang menjadi wanita simpanan kepada suami mangsa dan kini isterinya, akan dibebaskan dalam tempoh setahun.

Hakim Scott Suskauer menerima pengakuan itu sebagai pertukaran dengan hukuman penjara 12 tahun terhadap tertuduh. Beliau mengambil kira tertuduh berkelakuan baik semasa dipenjarakan selama lima tahun setengah sementara menunggu perbicaraan.

Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula bulan depan selepas tertuduh pertama kali dipenjarakan atas tuduhan membunuh dengan niat dalam tahun 2017.

Keen-Warren sudah lama menjadi suspek utama kes itu kerana dia menjalinkan hubungan sulit dengan suami Marlene, Michael dan bekerja bersama lelaki tersebut di sebuah kedai kereta.

Bagaimanapun, suspek sentiasa menafikan tuduhan terhadapnya selepas berkahwin dengan Michael 12 tahun kemudian. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker