KPM jamin kembalikan sesi persekolahan bermula Januari

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari, namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.

Memetik laporan media, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau memahami sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini.

Justeru, menurutnya, KPM sedang mengusahakan perkara berkenaan.



“Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.

“Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

“Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini serta faktor ekonomi lain,” katanya pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai rungutan ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan dan bukan hujung bulan kerana terpaksa membayar penuh tambang van atau bas sekolah.



Permulaan takwim persekolahan itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina juga dilapor berkata, pihaknya menyambut baik cadangan agar silibus pendidikan khas bagi pelajar Sindrom Down disemak semula dan KPM bersedia untuk perlaksanaannya.

Katanya, KPM sentiasa mengadakan libat urus dengan pemegang taruh bagi meneliti silibus berkenaan.

“Kita mengambil kira kitaran ansur maju kanak-kanak ini. Soal mengubah atau meminda kurikulum ini, ada pakarnya di KPM,” katanya.



Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM akan meningkatkan program advokasi bagi memberi kesedaran mengenai cadangan mewajibkan pendidikan sekolah menengah.

“Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan. Kita mahu mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar, dan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses ke sekolah.

Pada Selasa, Dewan Negara diberitahu bahawa KPM sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan pada peringkat sekolah menengah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy



Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker