Sokongan Armada terhadap BN bukti sokongan orang muda – Shahaniza

#PRU15

Sokongan Armada terhadap BN bukti sokongan orang muda – Shahaniza

MARAN – Sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) di sini semakin meningkat terutama golongan muda.

Calon BN Parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia dapat dilihat apabila sekumpulan 20 ahli Armada dari Bersatu telah menyokongnya semalam.

“Saya juga terkejut apabila ada ahli Armada masuk BN kerana mereka hilang kepercayaan terhadap PN (Perikatan Nasional).

“Mereka yakin atas kepimpinan saya dan kini mereka bersama BN dan calon-calon ADUN dari BN. Alhamdulilah sokongan anak muda kepada Maran semakin meningkat,” ujarnya.

Ditanya mengenai suasana panas kerana beliau ditentang oleh penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Muttalib yang kini mewakili PN, Shahaniza tetap yakin kemenangan berpihak kepadanya.

“Beliau (Ismail) menang Parlimen dulu atas tiket BN dan panas macamana di sini mungkin semangat membara kami untuk menang kembali dengan undi lebih besar,” katanya.

Parlimen Maran sebelum ini dikatakan agak panas sehingga sokongan terhadap BN didapati semakin menurun gara-gara Ismail berpaling tadah selepas tidak dicalonkan. MG

Sokongan Armada terhadap BN bukti sokongan orang muda – Shahaniza


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker